ILLUSTRASI PERANCANGAN DAN PENULISAN

Jom Tulis Buku - Knowledge is Power

Etika Penerbitan

Perancangan dan Penstrukturan Kandungan

Tuesday 6 August 2019

Posted by haslina On 20:51
陈爱梅:独中教育依教育蓝图制定.“承认统考符国家利益
退休之前的陈爱梅热衷研究和分析国家教育发展趋势,包括曾出版名为《大马华小走向何方?》的书籍,探讨华小发展。
(吉隆坡26日讯)资深教育学者陈爱梅博士认为,独中教育的制定乃是依循国家教育蓝图的方向,所编制的独中历史课程也涵盖我国历史教育的本质,若政府依然迟迟不承认统考文凭,那是因为政府根本没有把国家利益大前提放在第一位。
“要独中生报考大马教育文凭(SPM)国文科如指诸掌,但若要他们考马来西亚历史,这些已经遭到篡改或沦为洗脑工具的教育,根本就是本末倒置的做法。因为历史教育是要奠定人民的认知能力,让他们可以了解事情的真相。”
她说,在2015至2017年,有多达1万名(70%)的独中生在大马教育文凭中报考国文科,当中有90%考获及格、10%为特优、40至45%则是获得优等(credit)。
“独中生在SPM国文科的成绩表现,足以驳斥外界认为独中生无法良好掌握国语的偏见。”
她向独中统考特别委员会提呈一份由她撰写《为何拖延承认统考—理由、指控、符合性与政府职责》的研究报告后,接受星洲日报专访时说,独中教育的历史并非从单元角度出发,而是从世界与区域历史视角切入,本地历史的叙述是坐落于此背景下,并塑造学生对历史的认知。
她表示,走向人工智能的时代,《2013至2025年国家教育蓝图》及《2015至2025年高等教育发展大蓝图》所培育的人才必须兼备科技与人文知识,学生须能够深入探索问题和具备批判性思考,如今的独中教育真正走向这样的教育模式。
她说,现今的独中教育在我国本土上扎根发展,建筑物规模趋向企业化,而独中举办的活动颇用心且多元化。
她指出,真正办教育的人士并不会担心统考是否能受到承认,有些独中教师和校长也不觉得此课题是一件急迫处理的事情,而且并非每名独中生都向往当公务员;但是,对于华社而言,承认统考这回事,至关重要。
“承认统考除了是让独中生能够进入政府大学,更重要的是,我国更需要独中生进入政府体系当公务员包括政策制定者,因为这会为国家发展带来深远的影响。”
陈爱梅表示,在1970年代所颁布的《华文独中建议书》内,也提出对独中教育理念极具前瞻性的看法,即独中教育必须是建立在母语教育前提下,并保护文化传承,但不能忽略三语并重的教育课程和考试。

Monday 22 September 2014

Posted by haslina On 07:41
Latar Belakang ~ Dr Tan Ai Mooi@Aimei ~
Dr Tan Ai Mei kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan (taraf cemerlang) dalam bidang ilmu pendidikan di Instuitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Beliau berkelulusan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang analisis polisi dan perancangan pengajian tinggi dari Universiti of Western Australia, dan berijazah sarjana pendidikan dalam Pendidikan Bahasa dari Universiti Malaya.  Beliau memiliki 25 tahun pengalaman mengajar yang merangkumi sekolah rendah, menengah, termasuk institut pengajian tinggi swasta (IPTS)  dan Institut Pendidikan Guru (IPG).          
         Sebagai pemenang Anugerah Bronze Medal dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi pada peringkat kebangsaan, Dr Tan telah banyak menghasilkan guru yang berketrampilan secara  head-on, Heart-on dan Hands-on (lihat www.sites.google.com/site/3happroach).  
Dr Tan merupakan pakar rujuk dalam bidang pendidikan yang merangkumi Falsaafah, Sosiologi, Psikiologi, Kepimpinan, Pengurusan bilik darjah, pengurusan murid termasuk profesionalsime kegurua. Kepakaran beliau yang lain  meliputi penggubalan kurikulum, penggubalan tugasan kerja kursus dan rubrik, (https://sites.google.com/site/ebuletinjipik2012)  serta bimbingan dan pembangunan guru secara berterusan.  Selain itu, beliau kerap dijemput sebagai panel dalam saluran media seperti  RTM 2 (What You Say) , Sin Chew dan Oriental Press untuk berkongsi kepakaran mengenai isu pendidikan, termasuk pengendalian kursus untuk peningkatan professionalism guru di sekolah dan pensyarah di institusi pendidikan tinggi.
Selain mahir dalam Bahasa Melayu, beliau mahir juga dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Beliau juga berpengalaman dalam pendidikan bahasa, termasuk kursus latihan guru sekolah Cina. Selain itu, pelaksanaan kursus anjuran di IPTS adalah tidak terasing kepada beliau, khususnya kursus twinning program, credit transfer dan the off shore program of University of London yang dikendalikan di Malaysia.
Beliau terkenal sebagai seorang penyelidik yang inovatif dan produktif. Kajian beliau  merangkumi pelaksanaan pendidikan serendah peringkat pra-sekolah dan sekolah ke peringkat pengajian tinggi, termasuk pendidikan di rumah (Home Schooling). Skop kajian beliau meliputi pengurusan disiplin, pedagogi, pentaksiran berasaskan sekolah, peningkatan profesionalisme guru termasuk semakan terhadap kurikulum IPG dan kajian terhadap dasar pendidikan dalam pelaksanaan.   Hasil kajian Dr Tan yang telah dijilidkan dalam buku meliputi:
  • Malaysian Private Higher Education:  Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces (Asean Academic Press, London, 2002)
  • 马来西亚私立高等教育——全球化、私营化、教育转型及市场化 (Kwangsi Teachers’ Training University Press, China, 2012)
  • The Heavy School Bag Issues Embedded In The Malaysian Chinese Primary Schools’ (Malaysia Strategic Information and Social Research Centr, 2006).
  • Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Idea Contoh dan Teori (Oxford Fajar,          
  • Petaling Jaya, 2010)
  • Are Our Teachers Ready for  School-based Assessment? – A Management Guide to SBA Co-titled asPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia’( Kraf Budiman Enterprise,2010). 

Wednesday 3 September 2014

Posted by haslina On 23:43

En Shaari bin Osman
Pengarah
IPG Kampus Ilmu Khas


Penerbitan hasil kajian Dr Tan Ai Mei yang berjudul ‘Panduan Penerbitan Buku Akademik: Ilustrasi Perancangan dan Penulisan’  memang menepati masa dan dialu-alukan. Penulisan kajian  dan penerbitan  buku akademik di IPG Kampus Ilmu Khas kini menjadi budaya memandangkan semakin hari semakin ramai pensyarah yang menggembelingkan usaha secara individu mahupun secara kumpulan untuk berkecimpung dalam penulisan demi  perkongsian  keperihatinan dan kepakaran menerusi penerbitan.
Di sini, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Tan Ai Mei bersama-sama rakan arktiteknya iaitu  En Chia Chiow Ming sebagai penyunting dan  Pn Haslina Bt Hassan sebagai teknokrat  inovatif yang telah merealisasikan perkongsian ilmu dalam panduan ini  secara berpendekatan elektronik yang bercirikan 3D. Penerbitan panduan ini secara pendekatan elektronik membekalkan kami warga di IPG satu penandaras (benchmark) mengenai penerbitan yang bercirikan TMK – inovasi dari segi perancangan, ilustrasi  dan penerbitan, lebih-lebih lagi  peranan kami di IPG  bukan sahaja sebagai pengamal ilmu lagi, tetapi juga selaku penjana dan penyebar ilmu yang boleh bersifat 3D juga.
Bagi saya, panduan penerbitan ini adalah eksplisit dari segi penerangan, dan secara hands-on.  Ilustrasi diberi bukan sahaja merangkumi panduan dari segi perancangan dalam Bahasa Inggeris, malah menerusi butang ‘klik’ sahaja pembaca akan memperoleh ilustrasi penulisan secara 3D dalam Bahasa Melayu. Selain itu,  ilustrasi yang diberi secara imej, grafik dan huruf merangkumi reka bentuk dan kandungan bagi bahagian kulit, sayap kulit termasuk bahagian awalan yang  termasuk halaman pendahuluan, nota-nota bagi penghargaan dan dedikasi. Contoh ilustrasi tentang perbezaan konsep antara senarai rujukan, bibliografi dan indeks juga disertakan. Tip-tip dalam bentuk teknik-teknik yang boleh diguna untuk merangsangkan pemahaman pembaca  juga diperjelaskan oleh Dr Tan dalam penerbitan panduan ini. Antaranya ialah sorotan kajian kes, nota tambahan, penggunaan jadual, rajah, grafik, serta penyoalan kepelbagaian yang merangsangkan.
Panduan ini juga memuatkan e-Buletin yang  diusahakan oleh Dr Tan dengan rakan-rakan  sejawatnya dari JIP pada tahun 2012. Satu langkah ke hadapan ialah e-Blog ini memuatkan juga pengenalan terhadap 5 buah buku akademik yang telah diterbitkan oleh Dr Tan pada peringkat dalam dan di luar Negara.  Yang sangat membanggakan kami warga IPGKIK ialah penerbitan Dr Tan, khususnya buku beliau yang berjudul ‘Malaysian Private Higher Education: Globalisation, Privatisation, Transformation and Market Places’ bukan sahaja diberi perakuan pada peringkat antara bangsa oleh Asean Akademik Press dan Amazon.com pada tahun 2002 sehingga kini, malah satu dekad selepas penerbitan buku berkenaan (iaitu pada tahun 2012) buku itu diterjemahkan oleh sarjana dari Universiti di China dan  diklasifikasikan menjadi antara buku rujukan utama terhadap kajian pendidikan tinggi di Rantau Asean. Sehubungan itu, Dr Tan berkongsikan pengalaman dan kepakaran beliau dalam pendidikan guru menerusi penerbitan buku yang berjudul ‘Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Contoh, Idea dan Aplikasi Teori’. Buku ini mencerminkan bagaimana idea dan teori-teori pendidikan yang pelbagai boleh digunakan dalam menjayakan pelbagai peranan yang dipertanggungjawabkan ke atas guru di sekolah. Penerbitan buku yang lain meliputi kupasan isu terhadap ‘Kesediaan guru di Malaysia dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah’ serta Isu ‘Beg Sekolah yang Berat’ yang dihadapi oleh murid di sekolah rendah aliran Cina di Malaysia. Penerbitan buku berkenaan merupakan penerbitan buku akademik memandangkan kupasan isu adalah berpandukan data empirikal, manakala pembentangan  konsep membabitkan perbincangan secara intelek yang berteraskan penggunaan sumber dan perspektif yang pelbagai. Malahan pandangan yang dikemukakan adalah berteraskan bukti dan analisis yang kritikal, serta perbincangan isu yang bernas dan rumusan yang bersifat sintesis yang menggalakkan renungan.
Sebagai Pengarah IPGKIK, saya amat bangga dengan usaha dan inovasi yang ditunjukkan oleh Dr Tan Ai Mei dengan ahli pasukannya. Penerbitan ini jelas menunjukkan kepakaran, keperihatinanan dan sumbangan Dr Tan dalam melonjatkan status IPG yang dapat disamatarafkan dengan IPTA yang lain dalam Negara. Lebih-lebih lagi penerbitan ini memberikan kita para pendidik  di IPG satu penanda aras dan perangsang untuk terus berusaha dan terus berinovatif melalui pendekatan elektronik. 

Akhirnya, seperti yang diberi penekanan dalam bahagian ‘Etika Penerbitan’ dalam panduan ini, ‘…. penulisan dan penerbitan buku akademik yang bermutu merentasi perbuatan sekadar penerangan konsep dan fakta.’ Ia memerlukan huraian terhadap fakta dan hubung kait antara ilmu yang memberi pembaca satu gambaran yang jelas terhadap skop penulisan yang difokuskan. Perbuatan seperti ‘cut and paste’ dan pembentangan konsep  yang bersifat ideological ‘bias’, iaitu bersifat melabel dan mengecam terhadap perspektif yang lain tanpa perbincangan yang bernas, mendalam dan menyeluruh seharusnya mempunyai batasan seperti perumpamaan yang berbunyi ‘Knowledge is power’ dan ‘A pen is mightier than a sword’.  Biarlah kita sama-sama menulis dan memperbanyakkan penerbitan secara inovatif dengan terakru kepada prinsip kesarjanaan dan etika penerbitan. Usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan status IPG sebagai IPTA, tetapi status pensyarah sebagai penjana ilmu yang menyumbang kepada pembangunan pendidikan dalam Negara.

Wednesday 13 August 2014

Posted by haslina On 07:05


'Panduan Penerbitan Buku Akademik: 

Perancangan dan Ilustrasi Penulisan'.

  • En Shaari Osman, yang sudi memberi sumbangan Prakata selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
  • En Chia Chiow Ming yang sedia memberi khidmat penyuntingan.
  • Pn Haslina Bt Hassan yang menyumbang dari segi pengurusan grafik untuk penerbitan.
  • Pn Azra Bt Dato’ Azman selaku mantan ketua editor dan timbalan presiden Penerbit Oxford Fajar yang sedia berkongsikan sumber bagi pengilustrasian konsep ‘Penstrukturan Buku Secara Makro (Macro Stucture of Book)’  yang melibatkan perkongsian sumber bagi ‘Pemetaan ilmu secara menegak dan mendatar  (Sample VHP- Vertical Horizontal Planning)’.
  • Penerbit Fauzaul Na'im memanfaatkan penerbitan ini dari segi sumber dan idea yang digunakan dalam ilustrasi  penerbitan kulit buku.
  • Penerbit Oxford Fajar dan Multimedia yang memberikan saya sokongan penuh dalam penghasilan kulit buku  termasuk blurts bagi penerbitan buku saya yang berjudul ‘Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan’ dan ‘Are Our Teachers Ready for School-based Assessment?’, yang telah luas saya gunakan bahan berkenaan bagi ilustrasi dalam penulisan panduan ini.